1
Badan Korporat
1
Pelanggan
1
Produk

Inspirazs Enterprise adalah sebuah syarikat 100% bumiputera ditubuhkan pada Disember 2010. Inspirazs Enterprise adalah sebuah syarikat perniagaan menjurus kepada bidang pengeluaran, pembekal dan perkhidmatan.

Bagi Pembekalan adalah seperti membekal pelbagai jenis produk samada barangan premium, cenderamata, hadiah, peralatan sukan dan uniform. Manakala bagi pengeluar pula ianya merangkumi bagi mengeluarkan hasil-hasil percetakan seperti banner, bunting, sticker dan papan tanda.

Pada masa yang sama Inspirazs Enterprise menawarkan perkhidmatan dengan menerima tempahan mengikut citarasa pengguna. Dalam mengukuhkan lagi perniagaan, syarikat juga menyediakan perkhidmatan rekabentuk grafik.

Jabatan ini di bahagikan kepada dua bahagian iaitu dalam talian (online) & luar talian iaitu berkunjung terus ke syarikat atau berurusan dengan pegawai jualan (sales person).

Didorong oleh moto “Freely Designed”, kami sentiasa berusaha untuk menyediakan produk berkualiti tinggi yang akan memberikan manfaat maksimum kepada pelanggan.

Di bawah kepimpinan yang cemerlang, kukuh dan berdedikasi pasukan pengurusan syarikat Inspirazs Enterprise bergerak pantas ke hadapan untuk menjadi sebuah syarikat percetakan terkemuka di Malaysia.